Usia masih muda, jangan sesekali
pandang enteng soal penyakit. Salah satunya penyakit kencing manis. Anda dalam
golongan generasi Y, berhati-hatilah.
Berapa ramai di luar sana yang telah
kena kencing manis diusia muda. Pada hari ini jangan dicakap lagi kerana
keturunan. Ini soal pemakanan.
Lihat sahaja cara pemakanan rakat
Malaysia hari ini. Waktu malam selepas jam 10 malam masih lagi kedai-kedai makan
di luar sana masih penuh lagi hinggalah ke tengah malam. Bukan setakat minum teh
tarik atau teh o, tetapi siap makan makanan berat bergoreng berminyak yang
bilangan kalorinya tak tahulah berapa nilainya.
Ramai sudah tahu, tapi mungkin
buat-buat tidak tahu. Alasannya ‘’ala… sekali sekala je, bukan selalu nak
keluar makan-makan malam begini’’. Walhal tah berapa kali sekali sekala dalam
sebulan kan.
Kak fatin punkena berhati-hati ni.
Alhamdulillah masih belum penyakit ni. Tetapi disebabkan mak kak fatin adalah
pesakit kencing manis, jadi kak fatin pun kenalah juga jaga pemakanan dan
kesihatan kak fatin kan.
Disini kak fatin nak kongsikan serba
sedikit tentang penyakit kencing manis.
Bahaya kencing manis
ü Kebutaan
ü Serangan jantung
ü Angin ahmar
ü Sakit buah pinggang
ü Penyakit saraf
ü Pemotongan anggota
Diabetis Mellitus merupakan satu
sindrom masalah metabolism yang menyebabkan tahap gula di dalam darah yang
tinggi (hiperglisemia) sama ada akibat masalah penghasilan (diabetis jenis
pertama) atau fungsi (sensitiviti) insulin (diabetis jenis kedua atau diabetis
gestasi)
Jenis-Jenis Diabetis Mellitus
Jenis 1: Berpunca daripada kemusnahan
sel beta pancreas yang mengakibatkan tiada langsung hormone insulin dapat
dikeluarkan.
(kerap berlaku dalam kalangan
kanak-kanak dan remaja)
Jenis 2: Berpunca daripada rintangan
terhadap tindak laku insulin pada organ-organ seperti hati, otot-otot dan tisu
adipos dan juga kekurangan insulin yang dikeluarkan oleh sel beta pancreas.
(sering berlaku dalam kalangan orang
dewasa)
Tanda-Tanda Amaran Diabetis
Jenis 1:
ü Kerap membuang air kecil
ü Rasa dahaga dan lapar yang luar biasa
ü Berat badan berlebihan
ü Kegatalan kulit
ü Keletihan yang melampau
Jenis 2:
ü Mengalami jangkitan kerap
ü Penglihatan yang kabur
ü Luka atau lebam yang lambat sembuh
ü Rasa kebas pada tangan atau kaki
ü Semua tanda diabetis jenis 1
Tips Kawal Diabetis
ü Amalkan pemakanan yang betul dan sihat
ü Lakukan senaman dengan kerap
ü Ambil prekripsi ubat diabetis dengan betul
ü Periksa tahap gula dalam darah, sekurang-kurangnya sekali dalam
seminggu
Rawatan alternatif
Selain itu melalui rawatan alternatif dengan pengambilan mana-mana seperti berikut:
Mineral
Coffee

Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Drink

Garam Buloh (Bamboo Salt) Premier Cooking Salt
Powder

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kak fatin..
Jangan biar penyakit terus menyelubungi anda
Fast action, fast result
